Berita

Kondisi Padang Dan Rumput Yang Berbeza Sekat Hajat Thailand Raih Kemenangan

Ketua jurulatih skuad U23 Thailand, Woorawoot Srimaka memberitahu selain dari kegagalan anak buahnya memanfaatkan peluang yang ada, keadaan padang serta rumput yang berbeza juga menyumbang kepada kegagalan meraih kemenangan bertemu Indonesia semalam.

“Saya kecewa kerana kita gagal menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Keadaan padang juga menyukarkan pemain kerana mereka tidak biasa beraksi diatas permukaan seperti di Stadium Shah Alam”

“Dalam separuh masa pertama tiada penyudah kepada peluang yang ada. Tetapi pada separuh masa kedua, saya mengakui pemain saya tidak selesa beraksi diatas permukaan padang dan jenis rumput seperti itu yang biasa digunakan di Malaysia dan Indonesia.”

Rumput Stadium Shah Alam

“Semua dapat menyaksi peluang yang kami ada, tetapi tiada penyudah dan ini merupakan fokus utama saya untuk perlawanan akan datang.”

Worrawoot Srimaka yang juga dikenali rapat dengan gelaran ‘Coach Yong’ itu juga memberikan komen berkenaan kecederaan Chaiyawat Buran.

“Chaiyawat Buran beraksi dalam banyak perlawanan di Thailand, namun saya tidak pernah lihat dia mengalami kekejangan. Faktor padang banyak menyumbang kepada isu ini”

Menurut beliau lagi, rumput yang digunakan di Malaysia mempunyai lebar yang lebih besar dan ini melambatkan larian serta pergerakan bola diatas padang. Berbanding di Thailand, mereka menggunakan rumput bermuda yang lebih halus, dan keadaan ini menjadikan pemain mampu berlari lebih pantas dan pergerakan bola lebih laju.

Selain itu, kebanyakan padang di Thailand menggunakan medium berpasir berbanding tanah liat yang digunakan di Malaysia.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan pertama serta kedudukan pasukan dalam kumpulan B.