Ketua jurulatih dari Jerman, Uli Stielike dilaporkan akan dipecat selepas tewas kepada Qatar 2-3 dalam perlawanan kelayakan akhir Piala Dunia 2018.
Impak dari kekalahan itu mampu untuk menidakkan kelayakan automatik ke Piala Dunia 2018, yang juga kali ke 9 berturut-turut pasukan Korea Selatan.
Berdasarkan kedudukan sekarang, Korea Selatan di tempat kedua kumpulan A dengan 13 mata, kurang 1 mata berbanding pendahulu yang sudah layak ke Piala Dunia 2019, Iran.
1 lagi slot automatik menjadi rebutan 3 pasukan dalam kumpulan A iaitu Korea Selatan (13 mata), Uzbekistan (12 mata) dan Syria (9 mata).
Bakal Diganti Oleh Jurulatih Tempatan
Menurut seorang penganalisis bola sepak Asia, John Duerden, memberitahu bahawa Persatuan Bola Sepak Korea Selatan telah membuat keputusan untuk memecat Uli Stielike dan menggantikannya dengan seorang jurulatih tempatan untuk baki 2 perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2019 Zon Asia.
Jurulatih asing hanya akan diambil sekiranya pasukan Korea Selatan layak ke saingan Piala Dunia 2018.
Talked to Korea FA officials. Stielike to be fired. Domestic replacement likely for 2 WCQs left. Then, if successful, a foreign coach
— John Duerden (@JohnnyDuerden) June 15, 2017
“Kami hanya perlu berada ditempat ke 2 untuk layak, tetapi merasakan walaupun Korea Selatan layak ke Piala Dunia sekalipun, kami tidak mampu untuk memberi cabaran yang kompetitif jika bermain seperti itu.”, petikan dari agensi Yonhap oleh seorang pegawai tertinggi KFA.