Other Editions

Thailand Mampu Berada Dalam Top 10 Asia – Jurulatih Thailand, Milovan Rajevac

Ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajevac yakin beliau mampu untuk mengangkat bola sepak Thailand ke satu tahap yang lebh baik selepas seri 1-1 bertemu UAE beberapa hari yang lalu.

Perlawanan itu merupakan perlawanan kompetitif pertama Rajevac bersama skuad kebangsaan Thailand sejak mengambilalih tugas sebagai ketua jurulatih Thailand.

” Saya berpuas hati dengan prestasi pemain saya hari ini.”

” Walaupun kami tidak berjaya menang perlawanan ini, ia satu keputusan yang baik mengambil kira persiapan dilakukan dalam tempoh yang singkat untuk mempersiapkan pasukan.”

“Pemain Thailand berbakat besar dan berpotensi. Mereka sanggup bekerja keras dan mempunyai ‘attitude’ yang bagus. Mereka faham taktikal saya dan apa tugas mereka. Mereka dahagakan kejayaan.”

“Faktor inilah yang akan memacu halatuju bola sepak Thailand kearah yang betul. Jika kami bekerja keras dan mempunyai masa yang lebih panjang, saya yakin kami akan berjaya menempatkan pasukan di kedudukan 10 terbaik Asia.”

 

Peluang Tewaskan Iraq Terbuka Luas
Selepas mengikat UAE, Rajevac menantikan pertemuan dengan Iraq untuk mengutip 3 mata pertama dalam kempen Thailand di kelayakan akhir Piala Dunia 2019 Zon Asia.

Thailand telah melepaskan banyak gol dalam perlawanan yang lepas dan inilah tugas pertama Rajevac untuk menguatkan pertahanan Thailand.

“Kami jelas berjaya memperkuatkan barisan pertahanan dalam perlawanan itu ( UAE ).”

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Somyot Poompunmuang, memuji prestasi skuad kebangsaan Thailand dalam perlawanan itu. Beliau percaya dibawah kendalian Rajevac, bola sepak Thailand mampu untuk naik ke satu tahap yang lebih baik.

Skuad Thailand akan bertemu Iraq pada 31 Ogos di Bangkok dan 5 September bertemu Australia ditempat lawan.