5) Arab Saudi – Abdulrahman Al Yami

Hadir dalam kejohanan kali ini tanpa diberikan harapan tinggi, Arab Saudi tewas 0-2 kepada Senegal dalam perlawanan pembukaan. Walau bagaimanapun, mereka tampil cemerlang untuk mencatatkan keputusan seri bertemu Amerika Syarikat dan menang bertemu Ecuador, seterusnya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Kunci kepada keputusan yang cemerlang ini adalah Abdulrahman Al Yami, bintang remaja pasukan Al Hilal yang memiliki kebolehan mengelecek hebat memecahkan benteng pertahanan lawan.
2 gol beliau hasil bantuan dari Ayman Al Khulaif dalam perlawanan bertemu Ecuador, membawa Arab Saudi ke peringkat kalah mati, dimana selepas itu, mereka tewas 0-1 kepada Uruguay.