Liga Super Malaysia

Tiada Isu Untuk Kes Gabriel Guerra Dan S. Kunalan

Selepas kekalahan 2-3 Kelantan kepada JDT pada 12 April lalu, ada beberapa pihak yang cuba bermain dengan isu teknikal peraturan dengan harapan akan mendapat kemenangan percuma kepada Kelantan.

Disini kami cuba terangkan kepada mereka beberapa pengertian yang wajib diketahui sebagai seorang ‘fans’ bola sepak yang baik.

PINDAAN TARIKH PERLAWANAN LIGA SUPER 2017 DI ANTARA KELANTAN MENENTANG JDTPENGHARGAAN BUAT KELANTAN, SELAMAT MAJU JAYA…

Football Malaysia LLPさんの投稿 2017年1月31日

Pengertian Perlawanan Ditangguhkan Dan Perlawanan Dihentikan

1) Perlawanan Ditangguhkan
Ia membawa maksud sesebuah perlawanan yang masih belum dimulakan.

Berdasarkan undang-undang rasmi yang telah ditetapkan dalam peraturan Liga Malaysia 2017, sesebuah pasukan itu dibenarkan untuk menurunkan pemain yang baru didaftarkan selepas tarikh asal perlawanan sebelum ditangguhkan.

2) Perlawanan Dihentikan
Bagi kategori ini pula, membawa maksud, sesebuah perlawanan itu telah dimulakan dan dihentikan atas alasan seperti hujan lebat dan menggangu kelancaran dan keselamatan.

Dalam situasi ini, senarai pemain yang ada dalam perlawanan ini ( pemain utama dan simpanan ) telah ditetapkan.

Seperti undang-undang rasmi yang telah ditetapkan dalam peraturan Liga Malaysia 2017, kedua-dua pasukan hanya dibenarkan untuk menurunkan pemain yang sama seperti dalam senarai asal pemain sebelum dihentikan.

GABI GUERRA TAK SAH DITURUNKAN SEMALAM? ..Komen seorang pemerhati bolasepak tentang isu Gaby Guerra yang dikatakan…

Perkembangan Bolasepak Semasaさんの投稿 2017年4月12日

 

Tiada Isu Untuk Kes Gabriel Guerra Dan S.Kunalan

Gabriel Guerra: Pemain yang didaftar bersama JDT II ketika tarikh asal perlawanan
S.Kunalan: Pemain yang menerima kad merah ( 2 kad kuning ) dalam perlawanan yang sama

Berdasarkan peraturan diatas, isu yang cuba dimainkan oleh piahk tertentu berkenaan Gabriel Guerra dan S.Kunalan tidak berasas sama sekali.

Guerra sah diturunkan berdasarkan perkara (1) diatas dan bagi S. Kunalan pula, beliau sudah menerima penggantungan pada perlawanan ke 2 bertemu Felda United.

Kedua-dua pemain diatas sah untuk diturunkan kerana perlawanan itu adalah sebuah perlawanan yang telah ‘DITANGGUHKAN’ dan bukan ‘DIHENTIKAN’.