Liga Super Malaysia

Korea Selatan 2002 : Kejayaan, Kegembiraan, Penghinaan Dan Tangisan

Ahn Jung-Hwan, Seol Ki-Hyeon, Park Ji-Sung, Cha Du-Ri… Siapa lagi yang anda tahu? Merekalah pemain-pemain skuad emas Korea Selatan ketika itu tetapi hanya Ji-Sung yang paling berjaya antara semua!

Pada masa itu juga, Asia bersorak kegembiraan dan berbangga dengan pencapaian mereka tetapi dunia pula menghina Korea Selatan? Apa yang terjadi sebenarnya?

Artikel ini akan mengimbau semula kenangan dan kisah suka duka Korea Selatan 2002.

‘METEORIC RISE’ – KEJAYAAN KOREA SELATAN 2002 MENGEJUTKAN DUNIA!

Siapa sangka sebuah pasukan ‘underdog’ seperti Korea Selatan boleh menewaskan skuad yang dibarisi pemain terkemuka dunia seperti Emmanuel Petit, Luis Figo & Jerzy Dudek di peringkat kumpulan?

Di pusingan 16 terakhir pula, Korea Selatan melalui Seol Ki-Hyeon berjaya mengikat Itali hingga ke masa tambahan sebelum tandukan gol emas Ahn Jung-Hwan pada minit ke-112 berjaya menewaskan mereka.

Suku akhir pula menyaksikan Korea Selatan dan Sepanyol terikat 0-0 setelah tamat perlawanan (termasuk masa tambahan) lalu membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Joaquin menjadi ‘perosak majlis’ buat Sepanyol apabila gagal merembat masuk penalti terakhir buat Sepanyol.

Perjuangan Korea Selatan untuk ke peringkat akhir Piala Dunia 2002 terhenti akhirnya di peringkat separuh akhir apabila Micheal Ballack berjaya menjaringkan gol buat Jerman dan mara ke peringkat akhir sebelum tewas kepada Brazil.

Korea Selatan bermain di ‘play-off’ tempat ke-3/4 menentang Turki tetapi tewas 3-2 selepas Ilhan Mansiz berjaya menyumbat 2 gol buat Turki dan memenangi kedudukan tempat ke-4 sahaja.

Walaupun di tempat ke-4, siapa yang menyangka Korea Selatan mampu pergi lebih jauh daripada apa yang disangka dan menewaskan beberapa gergasi bola sepak dunia seperti Portugal, Itali dan Sepanyol?

ANTI-PLOT : SKANDAL PIALA DUNIA 2002 & KOREA SELATAN?

Sebagai penonton tegar skuad Asia di Piala Dunia, kami merasakan Piala Dunia 2002 itu boleh dikatakan penuh dengan skandal dan kesemua skandal itu hadir apabila mereka (pihak lawan) bertemu dengan Korea Selatan!

Beto, Joao Pinto, Totti, keseluruhan pasukan Itali dan Sepanyol dikatakan menjadi mangsa skandal mutu pengadilan ketika menentang Korea Selatan! Kronologi kejadiannya seperti berikut :

PORTUGAL (Peringkat kumpulan) – Beto (melakukan dua terjahan lambat) dan Joao Pinto (menjatuhkan Ji-Sung daripada belakang) dilayangkan kad merah .

ITALI (Pusingan 16 terakhir) – Korea Selatan bermain dengan ganas namun tiada kad merah diberikan manakala Totti dibuang padang selepas menerima kad merah setelah dikatakan melakukan simulasi.

SEPANYOL (Suku akhir) – Sepanyol juga digasak dengan ganas oleh pemain-pemain Korea Selatan dan lebih teruk, dua gol mereka tidak dikira!

Begitulah serba-sedikit kes skandal Korea Selatan pada Piala Dunia 2002. Betapa dunia sehingga ke hari ini mencemuh Korea Selatan perihal skandal ini. ‘Pintu belakang’ memusnahkan dunia bola sepak sejati!

 

FILEM ‘NORTHERN LIMIT LINE’ & KOREA SELATAN 2002 : APAKAH KAITANNYA?

Ini sedikit informasi tambahan bagi mereka yang kurang tahu apa yang terjadi dan sebab mengapa saya menambah ‘tangisan’ dalam tajuk artikel ini. Bagi mereka yang menonton filem ini, mereka pasti tahu benar tentang apa yang terjadi!

‘Northern Limit Line’ (NLL) merupakan garisan had bagi kedua-dua negara Korea ini. Namun, apa yang terjadi ialah berlaku suatu pertempuran di Pulau Yeonpyeong di antara tentera laut kedua-dua negara ini dan peristiwa ini digelar ‘Pertempuran Kedua Yeonpyeong’.

Pertempuran ini telah mengorbankan 6 tentera laut Korea Selatan dan 13 tentera laut Korea Utara. Apa yang menarik ialah peristiwa ini berlaku pada 29 Jun 2002, sehari sebelum Piala Dunia melabuhkan tirainya. Namun, kisah mereka kurang mendapat sambutan kerna kehangatan Piala Dunia ketika itu.

Sekalung takziah buat keluarga mereka yang terkorban!

 

TEORI ‘PEMAIN ASIA RAHSIA KEJAYAAN KELAB EROPAH’: HANYA KHAYALAN ?

Penulis pernah buat satu andaian dan teori bahawa pemain dari Asia rahsia kejayaan pasukan yang bermain di Eropah. Hal ini penulis selitkan sekali dengan bukti berikut :

  1. Kejayaan Manchester United sepanjang era Park Ji-Sung dan Shinji Kagawa
  2. Kejayaan Leicester City bersama Shinji Okazaki
  3. Kejayaan Borussia Dortmund sepanjang era Kagawa
  4. Kejayaan Parma dan Hidetoshi Nakata
  5. Kejayaan PSV sepanjang era Park Ji-Sung

Kelakar, bukan? Ini cuma andaian dan teori ringkas kami sahaja tetapi apabila diperhati, terdapat beberapa kejayaan yang masuk akal untuk diselitkan bersama.

Contohnya, Ji-Sung dan Manchester United. Manchester United berjaya memenangi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) ketika berada dalam era Ji-Sung dan itulah juga kali terakhir mereka memenanginya sebelum didominasi oleh gergasi Sepanyol dan Jerman.

Hal ini membuatkan kami terfikir, adakah ia menjadi rahsia bagi sesebuah kejayaan kelab di Eropah? Hal ini demikian kerana, Eropah memerlukan ‘workrate’ dan ‘pace’ yang ada pada pemain Asia. Jadi, inilah kesimpulannya! Bagaimana pula tanggapan anda?