AFC Champions League

5 Pemain JDT Jadi Fokus Utama Gamba Osaka

Menjelang perlawanan AFC Champions League 2017 – Play Off, Gamba Osaka bertemu JDT, kami cuba mendapatkan beberapa info berkenaan persiapan dan tumpuan Gamba Osaka kepada pasukan JDT yang sememangnya sukar untuk diperolehi di Malaysia.

Daripada sumber yang kami perolehi di Osaka, 5 pemain ini merupakan ‘fokus’ utama Gamba Osaka dalam menangani ancaman yang dari JDTnyang mungkin mampu untuk merosakkan perancangan mereka untuk layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2017.

1)Farizal Marlias

Penjaga Gol Yang Stabil / Konsisten

Walaupun mempunyai susuk tubuh ‘petite’ dan kemampuan untuk mengawal pintu gol dengan baik, Jepun melihat Farizal sebagai seorang penjaga gol yang stabil diposisinya. 2 kali menyelamatkan sepakan penalty dalam pertemuan kelayakan Play Off bertemu Bangkok United membuktikan Farizal mampu untuk menyerap asakan lawan dalam situasi tekanan tinggi.

Penyerang Gamba Osaka perlu lebih pintar dan bijak untuk mengeksploitasi kelemahan Farizal bagi mendapatkan gol.

 

2) Marcos Antonio

Ketinggian Adalah Aset Utama

Di kategorikan sebagai pemain veteran, pengalaman Marcos beraksi bersama kelab-kelab di Eropah serta mempunyai kemahiran tandukan yang baik, serta duel merupakan asset kepada pemain ini.

Susuk fizikal yang besar adalah asset utama, dan gaya permainan yang sering kali berada rapat dibelakang pemain lawan boleh mengundang kepada ‘loss possesion’.

Gamba Osaka akan menumpukan kepada kelajuan kerana Antonio dilihat mempunyai kelemahan ini dan ia merupakan satu ‘advantage’ terutama kepada Nagasawa dan Ademilson.

 

3) Safiq Rahim

“Dynamo” Tengah JDT

Ketika bertemu Bangkok United, Safiq lebih memainkan peranan untuk menghubungkan barisan tengah dan hadapan JDT, namun keupayaannya untuk muncul pada masa yang tepat bagi menjaringkan gol adalah satu perkara yang perlu ditangani.

Pemain ini digelar ‘Dynamo’ kerana mempunyai tahap endurance yang tinggi dan ini merupakan satu ‘kerja rumah’ bagi Gamba Osaka untuk memikirkan bagaimana untuk menghalang aktiviti beliau.

Kami akan ‘menghambat’ kemana sahaja beliau pergi didalam padang dengan misi untuk ‘meletihkan’ Safiq dalam keadaan suhu dibawah 10 Celcius. Ini adalah perkara pertama akan dilakukan.

 

4) Brian Fereira

Rembatan Jarak Jauh

Jepun melihat pemain ini sebagai ancaman bagi rembatan jarak jauh kerana ketika kejohanan FIFA World Cup U17, Jepun tewas 1-3 kepada Argentina, dan Brian Fereira menjaringkan 1 gol dari jarak jauh.

Gamba Osaka akan memberikan fokus kepada pemain ini terutama kemahiran ‘dribble’ yang dimiliki.

Pertahanan Gamba Osaka akan mempunyai kerana pemain ini lebih gemar untuk mengelirukan posisi pertahanan dan melakukan hantaran melepasi pemain pertahanan. Barisan pertahanan Gamba Osaka tidak perlu untuk terus ‘menerkam’ pemain ini disamping cuba menutup ruang bagi melakukan rembatan kearah gol.

Gamba Osaka melihat Brian Fereira sebagai antara ancaman berbahaya dalam perlawanan esok.

 

5) Nazmi Faiz

Melihat kepada percaturan semasa, Nazmi lebih digunakan sebagai pemain gentian untuk menukar strategi taktikal JDT ketika pemain lawan sudah ‘terbiasa’ dengan corak diawal permainan.

Walaupun tidak memiliki keupayaan untuk melakukan ‘dribble’ tajam menerobos pertahanan lawan, Nazmi mempunyai gaya permainan yang mirip kepada bintang Thailand Chanathip Songkrasin ini perlu dikawal rapi bagi mengelakkan beliau berada didalam posisi yang sempurna untuk melakukan hantaran yang mampu membunuh pertahanan.