Liga Super Malaysia

Analisis: Kad Merah Dan Impak Kepada Keputusan Perlawanan

Artikel ini diolah kembali dari versi asal oleh Zuraimi Zukri dengan kebenaran dari penulis asal.

Daripada data yang telah dikumpulkan, kami berjaya mengumpulkan 14 situasi kad merah dan impak kepada pasukan dari Liga Super dalam semua pertandingan yang disertai, termasuklah Liga Super 2016, TM Piala Malaysia, Superbest Power Piala FA dan Piala AFC.

13729172_1168572396497711_4588463116076354851_n

Senarai dibawah ini disusun mengikut tempoh masa bermain pasukan yang beraksi dengan kurang seorang pemain akibat kad merah – situasi 10 v 11.

1) Vincent Bikana (Terengganu FA vs Kelantan)

  • Liga Super 2016. MD13
  • Posisi: Pertahanan
  • Bikana diberikan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit ke-3, apabila menolak penyerang Kelantan Baze Ilijoski ketika situasi 1 v 1 dengan penjaga gol Terengganu.
  • Ketiadaan Bikana menyebabkan Terengganu terpaksa beraksi selama 87 minit dalam “battle 10 v 11”.
  • Keputusan: Terengganu tewas 1-6, Illijoski menjaringkan 4 gol.
  • 7 gol dijaringkan selepas insiden kad merah.

2) Wan Zack Haikal ( Selangor vs Kelantan )

  • Liga Super 2016.MD11
  • Posisi: Pemain tengah/Sayap
  • Tindakan Wan Zack menghayunkan tangan ke muka R.Gopinathan pada minit ke 16, menyebabkan Kelantan beraksi dalam situasi 10 v 11 selama 74 minit. Namun, Selangor tidak berjaya mengambil kesempatan kekurangan seorang pemain ini untuk mencari gol kemenangan.
  • Keputusan: Selangor 0-0 Kelantan
  • Tiada gol dijaringkan.

3) Saifulnizam Miswan ( Pahang FC vs T-Team )

  • Liga Super 2016.MD1
  • Minit 32, Poyeng, dilayangkan kad merah selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil S.Sittharajan kerana tidak berpuas hati dengan keputusannya.
  • 58 minit Pahang beraksi dengan keadaan 10 v 11 dan dalam keadaan ini T-Team berjaya mencari 2 gol dan Pahang 1 gol. Kedudukan sebelum kad merah dilayangkan berpihak kepada Pahang 1-0.
  • Keputusan: Pahang FC 2-2 T-Team
  • 1 gol sebelum kad dilayangkan dan 3 gol selepas ketika situasi 10 v 11

4) Hairol Mokhtar ( Sarawak vs PDRM )

  • TM Piala Malaysia 2016
  • Hairol diarah keluar padang selepas menerima kad merah pada minit 45 perlawanan apabila mengasari Thiago Agusto.
  • Sebelum insiden tersebut berlaku, Sarawak mendahului 2-1 hasil jaringan Makeche Dumba dan Shamie Iszuan Amin
  • 45 minit berikutnya, Sarawak beraksi dalam situasi 10 v 11 dan akhirnya Kedah berjaya menjaringkan 3 gol
  • Keputusan: Sarawak 3-4 Kedah
  • 3 gol sebelum kad dan 4 gol dalam situasi 10 v 11

 

13729172_1168572396497711_4588463116076354851_n

5) Hafiz Kamal ( Selangor vs Syeikh Jamal )

  • AFC Cup 2016
  • Perlawanan ini merupakan satu-satunya perlawanan yang menghasilkan kemenangan kepada pasukan yang mempunyai kekurangan seorang pemain akibat kad merah. Selangor beraksi dalam situasi 10 v 11 selama 33 minit, apabila Hafiz Kamal dilayangkan kad merah pada minit ke 57.
  • Ronaldinho Wleh, menjaringkan gol kemenangan Selangor keatas wakil Bangladesh ini pada minit ke 88.
  • Keputusan: Selangor 2-1 Syeikh Jamal
  • 2 gol sebelum kad merah dan 1 gol ketika 10 v 11

6) Solomon Raj ( Pulau Pinang vs Pahang )

  • Liga Super 2016
  • Kali kedua Pahang beraksi dalam situasi 10 v 11. Dari kedudukan 0-2, kekurangan seorang pemain membolehkan Pulau Pinang menambah jurang jaringan dengan mudah.
  • Solomon Raj dibuang padang selepas terjahan dari belakang pada minit ke 60, menyebabkan Pahang bertahan kurang lebih 30 minit.
  • Keputusan: Pulau Pinang 4-1 Pahang
  • 2 gol sebelum insiden dan 3 gol ketika 10 v 11

7) Wan Zaharulnizam ( Kelantan vs Selangor )

  • Liga Super 2016
  • Seperti Pahang FC, ini juga merupakan kali kedua Kelantan beraksi dalam situasi 10 v 11, tetapi hanya dalam tempoh 29 minit sahaja.
  • Jika kali pertama, Kelantan berjaya menyerap tekanan serta asakan lawan, sebaliknya berlaku kali ini. Dari kedudukan 2-4, Selangor berjaya menambah jaringan ke 5.
  • Keputusan: Kelantan 2-5 Selangor
  • 6 gol sebelum insiden dan 1 gol ketika 10 v 11

8) Adib Aizuddin ( JDT vs Felda United )

  • Liga Super 2016
  • Sebelum insiden kad merah berlaku, Felda United sedang mengikat tuan rumah JDT 1-1 hasil jaringan pemai import Lutfullah Turaev dan Jose Pereya Diaz.
  • Adib dilayangkan kad merah pada minit 62 selepas kekasaran keatas S.Kunalan, ini bermakna Felda United bermain dalam situasi 10 v 11 selama 28 minit.
  • Minit ke 82, S.Kunalan menyudahkan hantaran Diaz bagi gol kemenangan JDT.
  • Keputusan: JDT 2-1 Felda United
  • 2 gol sebelum insiden dan 1 gol 10 v 11

9) Nazmi Faiz ( Selangor vs PDRM )

  • Liga Super 2016
  • Insiden Nazmi menyiku pemain tengah PDRM, Andrezinho pada minit ke 70 menyebabkan beliau dibuang padang.
  • Selangor terpaksa mengharungi baki 20 minit dalam 10 v 11 dan berjaya mengikat kedudukan kekal 0-0
  • Keputusan: Selangor 0-0 PDRM
  • Tiada gol

 

13690765_1168573046497646_7342759114182823245_n

10) S.Kunalan ( JDT vs Lao Toyota )

  • AFC Cup 2016
  • Dalam perlawanan ini pemain Lao Toyota, Takahiro Saito, lebih awal dilayangkan kad merah dan S.Kunalan mengutip kad kuning kedua perlawanan apabila mengasari Phatthana Syvillay pada minit ke 70.
  • JDT menang 3-0, 2 gol dari sepakan penalti.
  • Perlawanan ini tidak diambil kira kerana jurang perbezaan 11 v 10 kepada 10 v 10 hanya 10 minit sahaja.

11) Joseph Kallang Tie ( PDRM vs Terengganu )

  • Liga Super 2016
  • Perlawanan ini juga bukan dalam situasi 10 v 11 hingga minit ke 90 kerana Souleymane Konate dan Joseph Kallang Tie dilayangkan kad merah masa waktu yang sama pada minit ke 77.
  • Kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 v 10 selama 13 minit.
  • Keputusan: PDRM 3-1 Terengganu

12) Souleymane Konate ( PDRM vs Terengganu )

  • Rujuk (11)

13) Mohd Lot Abu Hassan ( Perak vs PDRM )

  • Liga Super 2016
  • Lot Abu Hassan diperintah keluar padang pada minit ke 87.
  • Skuad bimbingan Fauzi Pilus hanya beraksi dalam 10 v 11 selama 3 minit.
  • PDRM mengekalkan kedudukan 2-1 hingga tamat permainan

14) Amirul Hadi Zainal ( UiTM vs JDT )

  • Superbest Power Piala FA 2016
  • Perlawanan ini boleh dikira sebagai 11 v 11 pada 90 minit masa penuh kerana Amirul Hadi dilayangkan kad merah pada minit 90+1.
  • Tiada kelebihan kepada lawan menggunakan peluang 10 v 11

 

Rumusan:

1) Hampir semua pasukan yang beraksi kurang 1 pemain akan tewas. Seri adalah suatu pencapaian terpuji.
2) Selangor merupakan pasukan tunggal yang berjaya mencatat kemenangan dalam situasi 10 v 11
3) Jurulatih Kelantan, Velizar Popov, telah menghadapi 3 perlawanan 10 v 11 dalam 4 perlawanan pertama dibawah kendalian beliau.