Berita

Jepun Belasah Bulgaria 7-2 Untuk Ke Final Kirin Cup 2016

image

Jepun membelasah Bulgaria 7-2 dalam perlawanan separuh akhir 2 sebentar tadi.

Gol pembukaan Jepun dijaringkan oleh Shinji Okazaki pada minit ke 4, sebelum Shinji Kagawa menambah 2 gol, Maya Yoshida 2 gol, Takashi Usami & Asano masing-masing menyumbang 1 gol.

2 gol Bulgaria dijaringkan oleh Mihail Alexandrov ( Legia Warszawa/ Poland ) dan Ivaylo Chochev ( Palermo / Italy ).

Pasukan Samurai Blue sekarang menghuni tangga ke 53 dunia manakala Bulgaria pula dikedudukan 69.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung lebih awal, Bosnia Hezergovina menewaskan Denmark 4-3 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2.

Gol Bosnia Hezergovina dijaringkan oleh Mikael Duric dan bagi Denmark,   Simon KJAER (Fenerbahce AS/Turkey) dan Viktor FISCHER (Ajax Amsterdam/Netherlands) masing-masing mrnjaringkan 1 gol.

Perlawanan akhir diantara Jepun bertemu Bosnia Hezergovina dan penentuan tempat ketiga, Bulgaria bertemu Denmark akan diadakan pada 7 Jun 2016 di Toyota Stadium, Achi.

Bosnia Hezergovina yang berkedudukan ditangga ke 20 ranking FIFA dilihat tidak mempunyai masalah untuk menundukan Jepun, namun, mungkin ada strategi yang sudah difikirkan oleh pengendali mereka, Vahid Halilhodzig yang juga warga Bosnia.