Bergson Da Silva mencipta sejarah apabila muncul sebagai penjaring terbanyak JDT dalam tempoh hanya tiga tahun beraksi di Liga Malaysia.
Ini setelah pemain berasal dari Brazil itu menjaringkan 2 gol ketika membantu pasukannya menewaskan Negeri Sembilan untuk mara ke separuh Piala Malaysia 2023.
Bukan itu sahaja, beliau muncul pemain pertama yang menjaringkan lebih 100 gol untuk JDT dalam hanya 92 perlawanan.
Bergson telah menjaringkan gol ke-100 ketika menjaringkan gol pertama dalam Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan.
Beliau kemudian menjaringkan gol ke-101 untuk memberikan kemenangan selesa buat JDT.
Setakat ini, beliau telah menjaringkan 67 gol dalam Liga Super, 22 gol dalam Piala Malaysia, 6 gol dalam saingan Piala FA dan 6 gol dalam ACL.