Skuad kebangsaan wanita Malaysia akan beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin bulan depan.
Justeru, seramai 28 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih, Jacob Joseph untuk menyertai kem latihan pusat bermula esok sehingga 14 September sebelum dijadualkan terbang ke Palestin pada 15 September ini.
Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan H dan akan bertemu Thailand pada 19 Sept sebelum bertemu Palestin pada 22 Sept, dengan kedua-dua perlawanan diadakan di Stadium Faisal Al-Husseini, yang terletak di Al-Ram, Baitulmaqdis, Tebing Barat Palestin.
Dalam sejarah Piala Asia Wanita, Malaysia berjaya melayakkan diri sebanyak 9 kali dan pernah berada di kedudukan ke-3 terbaik pada edisi 1983.
Namun, sudah 20 tahun Malaysia tidak beraksi di Piala Asia Wanita apabila kali terakhir membuat penampilan pada edisi 2001.
Berikut merupakan barisan pemain:
Penjaga gol: Nurul Azurin Mazlan, Olevia Olga Sabrinus, Asma Junaidi, Nuralyaa Natasha
Pertahanan: Malini Nordin, Jessica Susanne Mailu, Mira Fazliana Aidi, Nurfatin Rozani, Flori Ivy Angel Jobindang, Siti Norfaizah Saidin, Hellma Emily Joinin, Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh, Nor Saema Che Tengah
Tengah: Jaciah Jumilis, Pedrolia Martin Sikayun, Alice Mic Michael, Eva Olivianie Antinus, Dadree Rofinus, Nur Faiqah Safira, Andrea Lee Xin Yi, Waitie Taming, Nurul Arliana Nabila, Nur Lyana Soberi, Norshahira Suhaime, Nur Farishah Erinna
Penyerang: Ji Fedalliah Claritta Jaimin, Puteri Noralisa Wilkinson, Henrietta Justine