Jurulatih JDT, Benjamin Mora menganggap bahawa Safawi Rasid sudah mempunyai pencabar terdekat dalam pasukannya, terutamanya selepas menewaskan PJ City 3-0 baru-baru ini.
Pemain berusia 23 tahun itu akan kembali berlatih bersama pasukan selepas mengalami kecederaan sehingga terlepas lima perlawanan Liga Super.
Sepanjang ketiadaannya, Arif Aiman Hanapi mengisi kekosongan tersebut dan telah beraksi dengan cemerlang termasuklah menjaringkan 2 gol setakat ini.
“Safawi akan kembali berlatih,” katanya.
“Kami merindukannya, dan ketersediaannya akan bergantung pada bagaimana prestasinya dalam latihan.
“Pemain sayap kebangsaan ini berada dalam rancangan saya untuk selama-lamanya, walaupun Arif Aiman Hanapi sangat mengagumkan.
“Saya memberitahu Safawi bahawa dia sudah mempunyai pesaing, dan dia tahu dia mesti kembali dan dapatkan semula tempatnya.
“Matthew Davies juga pulih dari kecederaan hamstring dan akan segera kembali. Namun, penggantinya, S. Kunanlan sudah beraksi dengan baik.”
JDT kekal menerajui Liga Super dengan 20 mata selepas 8 perlawanan, diikuti dengan Kedah yang memiliki 16 mata.