1. Posisi Adam Nor Azlin
Adam adalah penyerang Selangor. Adam juga kerap bermain di belakang penyerang import Selangor pada musim 2016. Adam sentiasa menjadi penyerang skuad b23 kebangsaan pada tahun 2016.
Bermula kejohanan kelayakkan Piala Asia b23 Adam digunakan sebagai pertahanan tengah oleh OKS. Di dalam kejohanan Sukan Sea Adam kekal pada posisi itu.
Adakah Adam Nor Azlin lebih baik bermain sebagai pemain pertahanan atau tiada pertahanan tulen yang baik dari Adam.
Semua tahu Adam bermain baik sebagai pemain pertahanan dalam skuad b23 kebangsaan, tetapi semua tidak pasti adakah Adam akan menyertai Ugo Ukah, Bunyamin, Razman Roslan dan Rizal Fahmi Roshid di Selangor sebagai pemain pertahanan tetap atau kembali sebagai penyerang.
2. Status Ifwat Akmal Kassim
Pada tahun 2016, 4 penjaga gol yang kerap dipanggil untuk skuad b23. Mereka adalah Ifwat Akmal Kassim, Hakimie Awang, Syihan Mohamed dan Haziq Nadzli.
Pada ketika itu Haziq lebih kerap bermain di Liga Super bersama PDRM berbanding 3 penjaga gol yang lain. Hakimie juga kerap bermain bersama Terengganu. Hanya Syihan gagal untuk muncul dalam Liga Super bersama Kelantan.
Selepas setengah musim Ifwat mendapat tempat dalam kesebelasan utama Kedah. Ifwat berada dalam skuad kebangkitan Kedah dalam Liga Super bermula pusingan ke-2.
Ifwat kekal menjadi penjaga gol pilihan pertama Kedah pada musim 2017. Malahan Ifwat dalam senarai pemain utama Kedah yang menjadi juara Piala Fa bersama Kedah.
Ifwat Akmal Kassim sepatutnya tidak perlu lagi dipanggil untuk skuad b23 jika melihat dimana prestasi dan pen pencapaian dia dalam kancah domestik.
Tidak bagus untuk seorang pemain menjadi penjaga gol no.1 dalam pasukan yang menang beberapa Piala pergi ke skuad muda untuk menjadi penjaga gol no.2. Sedangkan apa yang dicapai olehnya sudah boleh meletakan dia dalam 3 penjaga gol utama skuad senior.
Adakah kita bakal melihat penjaga gol no.1 skuad muda tidak dipanggil oleh skuad senior dan penjaga gol no.2 dipanggil?
Ia bukan persoalan Haziq tidak layak menjadi penjaga gol no.1 skuad b23. Haziq layak dan dia perlu berada di pilihan no.1. Cuma amat tidak bermoral meletakkan Ifwat di pilihan ke-2 sedangkan disitu sepatutnya Amirul Hakimie.
Dimana Ifwat patut berada?
Penjaga gol skuad senior. Tidak kira penjaga gol pilihan ke-2 atau ke-3, pun tidak salah jika dijadikan pilihan utama.