Liga Super Malaysia Berita

Preview Liga Super Malaysia: Perlawanan kedua

Perlawanan kedua Liga Super Malaysia 2020 menyaksikan dua perlawanan berlangsung pada hari Jumaat manakala selebihnya adalah pada hari Sabtu.

Melaka lawan PDRM-Jumaat

Selepas menang ke atas UiTM FC, Melaka dijangka meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu PDRM.

Walaupun PDRM berjaya mengikat Sabah minggu lepas, Melaka mungkin lawan yang terlalu kuat untuk mereka kali ini.

PJ City lawan Pahang-Jumaat

Kedua-dua pasukan tidak memulakan dengan baik minggu lepas. PJ sekadar seri menentang Felda, manakala Pahang tewas di saat akhir kepada Selangor.

Jika mengikut di atas kertas, Pahang mempunyai kelebihan dari segi barisan pemainnya, namun tidak boleh memandang rendah kemampuan PJ City yang dibarisi pemain berpengalaman.

Sabah lawan Felda United-Sabtu

Beraksi di laman sendiri merupakan satu kelebihan buat Sabah, namun Felda mampu mencipta kejutan.

Bagaimanapun ini satu peluang untuk Sabah mendapatkan tiga mata penuh di laman sendiri.

Kedah lawan Terengganu-Sabtu

Kedua-dua pasukan ini memulakan saingan liga dengan kekalahan.

Namun kedua-duanya pastinya mahu menebus kekalahan tersebut, jadi perlawanan dijangka sengit.

Perlawanan ini juga akan mempertemukan semula Kipre Tchetche dengan pasukan lamanya.

JDT lawan UiTM-Sabtu

Selepas memenangi Piala Sumbangsih dan mencatatkan kemenangan penting ke atas Suwon dalam saingan AFC Champions League, JDT dijangka tidak akan berdepan masalah apabila berdepan UiTM FC.

Perlawanan ini juga kemungkinan akan melibatkan jumlah jaringan yang besar.

Satu-satunya yang boleh menghalang JDT daripada meraih kemenangan adalah jika mereka mengambil mudah terhadap pihak lawan.

Selangor lawan Perak-Sabtu

Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para peminat bolasepak.

Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang.

Brendan Gan yang membantu Selangor meraih kemenangan minggu lepas, bakal berdepan pertarungan psikologi apabila bertemu pasukan lamanya.

Namun Perak turut berpeluang untuk meraih kemenangan selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan minggu lepas.

Selangor perlu berjaga-jaga dengan Guilherme de Paula yang sudah pun menjaringkan dua gol setakat ini.

Tambah menarik, perlawanann ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, seolah-olah sebuah perlawanan bertaraf final.