Luar Negara Berita

Lampard tiba di Stamford Bridge

Frank Lampard telah dilihat tiba di Stamford Bridge menjelang perpindahannya untuk menjadi pengurus baru Chelsea.

Lampard diberi kebenaran oleh Derby County, untuk berunding dengan Blues bagi mengambil alih Stamford Bridge selepas Maurizio Sarri menyertai Juventus awal musim panas ini.

Bekas pemain tengah England telah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea selepas Sarri menyatakan minat beliau untuk menyertai pasukan Seria A.

Laporan juga menyatakan Lampard sudah bersetuju dengan perpindahan ke Chelsea dengan pengumuman rasmi dijangka pada hari Rabu nanti.

Lampard dijangka menandatangani kontrak tiga tahun dengan bekas kelabnya yang dipercayai bernilai £ 16.5 juta.