Malaysia Airlines Berhad (MAB), syarikat penerbangan negara telah menyatakan semangat patriotism yang unik dengan mengeluarkan satu video bagi merayakan satu hari yang bersejarah di Malaysia iaitu Hari Malaysia.
Video yang dinamakan sebagai Semangat Gemilang telah menampilkan beberapa atlet negara antaranya adalah penyelam kebangsaan Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Paraglider negara, Nadiah Wafa, atlet paralympics negara dan pasukan Harimau Malaya.
Biarpun video tersebut berkisar tentang pengalaman pemenang pingat Olimpik dua kali, Pandelela yang berkongsi bagaimana perasaan beliau mewakili negara.
Apa yang lebih unik adalah di hujung video tersebut telah menampilkan barisan pemain skuad bola sepak negara yang sebelum ini membanggakan negara dengan aksi terbaik pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, Izham Ismail berkata, “Hari Malaysia adalah perayaan perpaduan dalam kepelbagaian. Ia mengingatkan kita untuk hadir bersama sebagai satu bangsa di bawah satu bendera – Jalur Gemilang.” Katanya.
Untuk lebih lanjut, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MAB telah menjalinkan satu perjanjian kerjasama yang menyaksikan mereka berkongsi satu cita-cita yang sama iaitu membawa bola sepak Malaysia terbang lebih jauh.
Jalinan kerjasama ini menyaksikan MAB dan FAM berganding bahu dalam aktiviti pemasaran dan promosi serta dinamakan sebagai syarikat rasmi penerbangan untuk skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda.
Ini menunjukkan satu usaha FAM dalam membawa bendera Malaysia ke seluruh dunia serta sikap tanggungjawab MAB sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk turut sama membantu dalam membangunkan sukan bola sepak di Malaysia.
https://www.facebook.com/malaysiaairlines/videos/366367544268428/?__xts__[0]=68.ARBiB20XnE4rjT1LxunZhX6Q841ldMUkza0R15lWqBbajd8zUu3jXeer4hoKpgBp7C8Dn_6zgYwV22EARu64oGLMB8eq8DcyZv1LcInU4aipuBaawbzPT-sO8HSj9m9nt7NnXxv-CJKSaZtqGsIX6MPQP0VUNqucb4Tu8n-nG42G98XDquA576Ma-J1ScF4_umBStpmbVSLWl_WNBG1lKY5NmPvNVp_wrrv-nZj1JqIDf9FrzE_6fGfTxQw4DJFelkftYAzPXMBNJolXmfvQq9CaQGV0LGZrY4JA3ZW5sWDvkADiIiSR8BwGmurO6HssJMooQalfIQEYQ0XhOVUyn95Y7xhlpe4c4fw&__tn__=-R
Tambahan daripada itu, ia juga adalah tanda bahawa sukan mampu untuk menyatukan semua rakyat Malaysia melangkaui bangsa, agama, umur dan perbezaan budaya.
Apa yang pasti, perjanjian yang ditandatangani pada 21 Mac lalu antara dua jenama kebangsaan ini telah meletakkan satu tanda aras yang baharu bagi membawa skuad negara terbang lebih jauh.
Video Hari Malaysia boleh didapati di saluran media sosial rasmi Malaysia Airlines : Youtube dan Facebook.