Desas Desus kehadiran Neymar ke Barcelona telah menghangatkan kembali bilik persalinan Barcelona dan berita itu disambut baik oleh semua pihak dengan beberapa pemain senior menyatakan keinginan mereka menyambut kembali pemain kelahiran Brazil tersebut.
Kehadiran Neymar ke dalam skuad Barcelona mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka ketika bintang Brazil itu masih menyarung jersi Catalan sebelum berpindah ke Paris.
Walau bagaimanapun, laporan terbaharu Marca menyatakan bahawa kem Barcelona mula bergolak selepas jendela perpindahan pemain ditutup minggu lalu dan apa yang pasti Neymar tidak muncul di bilik persalinan Barcelona, di mana beliau memilih untuk kekal bersama PSG.
Kegagalan pengurusan Barcelona untuk membawa Neymar pulang telah memberi tugas tambahan buat Ernesto Valverde apabila beliau perlu mengembalikan fokus pemain dan meletakkan motivasi mereka ditahap sebelum ini.
Majoriti pemain senior Barcelona dikhabarkan teruja dengan berita Neymar mahu kembali ke Catalan tetapi ditinggalkan kecewa keesokkannya apabila Barca gagal membawanya.
Beberapa tawaran sebelum ini telah dikemukakan oleh Barcelona bagi menyatakan keinginan mereka untuk membawa Neymar, tetapi gagal diterima PSG yang mahukan 222 juta serta beberapa nama pemain utama Barcelona dimasukkan sebagai tawaran pertukaran pemain.
Peluang untuk membariskan kembali trio MSN – Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar – telah membuatkan pemain-pemain lain bermimpi kejayaan yang mereka akan kecapi pada musim ini, terdapat beberapa pemain yang mendesak President Barcelona, Josep Maria Bartomeu untuk melakukan segalanya yang beliau mampu bagi membawa kembali Neymar ke Barcelona.
Selain daripada itu, terdapat laporan yang menyatakan Ivan Rakitic kecewa dengan pengurusan Barcelona yang cuba menggunakan beliau sebagai salah satu usaha untuk membawa masuk Neymar.
Ditambah pula dengan masalah Ousmane Dembele yang masih gagal menunjukkan sikap profesionalism sepanjang berada di Barcelona.
Dengan cuti antarabangsa yang menjengah, beberapa pemain sedang menikmati rehat ini bagi menutup kekecewaan mereka dan kembali semula dengan fokus yang baharu ketika liga dibuka minggu hadapan.