Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) pada kejohanan Copa America kali ini telah mendapat perhatian kurang senang daripada pasukan dan peminat bola sepak.
Dalam 10 perlawanan yang dilangsungkan, VAR telah digunakan sebanyak 13 kali dalam lapan perlawanan dengan rekod masa perlawanan yang terhenti disebabkan teknologi ini adalah selama 33 minit.
Hanya perlawanan Argentina lawan Colombia dan Chile menentang Jepun sahaja VAR tidak digunakan oleh pengadil perlawanan.
Laporan daripada Marca menyebut bahawa VAR telah menghentikan perlawanan sebanyak 33 minit dan lapan saat dalam lapan perlawanan yang menggunakan khidmat VAR.
Pada perlawanan Peru menentang Venezuela direkodkan masa perlawanan paling lama dihentingkan apabila pengadil perlawanan, Wilmar Roldan mengambil masa empat minit untuk merujuk teknologi tersebut.
Manakala catatan masa terpantas pula dilakukan oleh pengadil dari Brazil, Daroco ketika perlawanan Uruguay menentang Ecuador dengan hanya mengambil masa selama 63 saat.
Untuk rekod, sejak 13 kali VAR digunakan pada kejohanan kali ini, ia telah melibatkan tujuh keputusan gol, lima penalti dan yang lain adalah keputusan kad merah dan kad kuning.