Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Pahang sedia kecewakan Perak

Pahang bakal berdepan cabaran Perak di Stadium Darul Makmur pada aksi separuh akhir pertama Piala FA, Sabtu ini.

Pasukan kendalian Dollah Salleh sebelum ini berjaya mengenepikan cabaran Terengganu FC pada peringkat suku akhir dilihat mahu menggunakan peluang beraksi di halaman sendiri dalam mencari gol selesa sebelum bertandang ke Stadium Perak pada perlawanan timbal balik nanti.

Bagi pasukan Perak pula, bermain di halaman lawan perlu digunakan sebaik mungkin bagi membawa pulang bekalan selesa ke Ipoh bagi perlawanan kedua nanti.

Pasukan Mehmet Durakovic dilihat bakal menggunakan khidmat penyerang berbisa mereka, Ronaldo yang sebelum ini telah berjaya meledak beberapa gol dalam Liga Super.

Manakala pasukan Pahang, kehadiran Dickson Nwakaeme yang mengetuai bahagian serangan Tok Gajah dilihat sebagai kunci kepada pencarian gol awal.

Bagi pemain kelahiran Nigeria tersebut, mereka perlu mencatat kemenangan selesa bagi memberi ruang kepada mereka membawa bekalan selesa menjelang perlawanan kedua yang bakal dimainkan di Ipoh pada 29 Jun nanti.

“Memang kami sasarkan untuk layak ke final dan mempertahankan Piala FA dimenangi musim lalu.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh hilang fokus kerana mereka (Perak) juga berada pada prestasi terbaik ketika ini dan pasti ingin mara ke saingan final,” katanya.