Selepas Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa memuat naik status yang mengesahkan penyerang baru dari Perancis/Senegal, L’Imam Seydi, bekas penyerang skuad The Red Warriors, komen Blazhe Ilijoski dalam satu ‘repost’ laman sosial Instagram TRWFC Official jelas menunjukkan bahawa KAFA masih lagi mempunyai hutang dengan pemain itu.
https://www.facebook.com/tansri.annuarmusa/posts/1521886874550299
Dalam kemaskini dilaman Facebook sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa ada menyebut beberapa perkara berkenaan pembayaran gaji tertunggak yang akan dibayar sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri, tetapi itu adalah merujuk kepada pemain semasa dan tidak menyatakan apa-apa untuk bekas pemain dan juga jurulatih.
Sehingga sekarang masih belum jelas, hasil penjualan Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim dikatakan akan digunakan untuk membayar tunggakkan gaji pemain yang sedia ada dan adakah ini termasuk dengan tunggakkan bekas pemain dan jurulatih sebelum ini.
Dalam kemaskini sebelum ini juga, semua gaji dan bayaran berkaitan pemain-pemain import Kelantan akan diuruskan oleh Tan Sri Annuar Musa sendiri dan bukan KAFA.