Luar Negara Berita

Persatuan Bolasepak Vietnam siasat jaringan sendiri Liga Vietnam

Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan terhadap ‘gol sendiri’ yang dijaringkan melalui sepakan percuma.

Dalam kejohanan Piala Nasional Bamboo Airways di antara pasukan V.League 2, XSKT Can Tho dan Bin Phuoc, bekas kapten, Nguyen Van Quan menjaringkan gol sendiri selepas mengambil sepakan percuma.

Apa yang menjadi pelik adalah biarpun ulangan video menunjukkan bahawa gol sendiri telah dijaringkan tetapi pengadil perlawanan telah memberikan sepakan sudut kepada pasukan lawan.

https://www.facebook.com/NextSportsOfficial/videos/2297587327182583/

Justerus, Syarikat Saham Gabungan Bola Sepak Profesional Vietnam (VPF) dan pengerusi Tran Anh Tu mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat pita rakaman tersebut dan telah dipanggil oleh Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) untuk menentukan jika terdapat keraguan.

Dalam satu kenyataan, mereka berkata, “walaupun pada petang 30 Mac, VPF telah menyerahkan video dan laporan kepada jawatankuasa tatatertib.”

Bercakap bagi pihak pasukan dan pemain, jurulatih, Nguyen Thanh Danh berkata, “sebahagian daripada ini adalah kerana teknik peribadi pemain telah berubah setelah pulih dari kecederaan, sementara aspek lain adalah angin yang sangat kuat.

“Angin menjejaskan seluruh padang, termasuk kawasan teknikal. Satu lagi aspek boleh menjadi salah faham di kalangan pemain. ” Katanya kepada media.