Luar Negara Berita

Liga Perdana Inggeris, EFL & FA Dituduh ‘Pilih Kasih’ Apabila Tidak Menghormati Mangsa Serangan Christchurch

Liga Perdana Inggeris, Liga Bola Sepak Inggeris dan Persatuan Bola Sepak dilihat mengambil sikap ‘pilih kasih’ apabila tidak menghormati 50 umat Islam yang terbunuh dalam serangan masjid di New Zealand.

Tembakan rambang yang mengorbankan 50 orang dan mencederakan 48 orang di dua masjid di Christchurch telah meninggalkan kesan yang buruk buat New Zealand.

Wembley Stadium, 2016: “Tonight, the Wembley arch will be lit in the Tricolour as we show our solidarity with the people of Nice”

Six Nations dan Liga Ragbi dikhabarkan menjalankan satu minit berdiam diri bagi menghormati kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden pengganas baru-baru ini tetapi tidak pada perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Pada 2015, Liga Perdana menghormati mangsa kejadian di Paris dengan memakai lilitan berwarna hitam dan menyanyikan lagu kebangsaan Perancis.

Sifat ‘pilih kasih’ Persatuan Bola Sepak (FA) nyata mengundang rasa tidak puas hati Yunut Lunat, bekas Ketua Dewan Persamaan Kaum FA yang mengambarkan sifat FA sebagai ‘hipokrit’.

Apabila penghormatan diadakan pada 2015, ketua Liga Perdana Richard Scudamore berkata ia adalah satu tindakan “perpaduan dan peringatan” berikutan serangan di ibu negara Perancis, di mana 130 orang terkorban.

QPR players hold a minute’s silence in January 2015, days after 17 people were killed when Islamist gunmen attacked the satirical magazine Charlie Hebdo, a policewoman and a Jewish supermarket in France

Lunat memberitahu kepada media British, “Tidak ada alasan, apabila ada sesuatu yang telah berlaku, walaupun bukan pada skala yang sama, bola sepak akan memberi penghormatan.

“Ia adalah sifat pilih kasih dan hipokrit. Untuk menjalankan upacara satu minit berdiam diri adalah perkara yang terhormat untuk dilakukan, apabila ia berlaku untuk acara-acara, ia perlu berlaku di seluruh papan untuk setiap serangan.”

Ketika diminta mengulas oleh BBC Sport, Liga Perdana menunjukkan tweet mereka pada hari Jumaat lalu yang mengatakan “mereka bersama-sama dengan mereka yang menjadi mangsa oleh peristiwa yang mengerikan”.