Kolum

Menangi Lima Keping Tiket Ke Perlawanan Piala Airmarine 2019

AIRMARINE Malaysia (MALAYSIA) Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat logistik terkemuka telah tampil ke hadapan untuk merancakkan saingan bolasepak membabitkan pasukan kebangsaan dengan memperkenalkan kejohanan Piala AIRMARINE yang akan berlangsung pada 20 dan 23 Mac 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejohanan edisi sulung ini akan menampilkan Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Oman dan juga Afghanistan yang akan berentap pada kejohanan yang diadakan pada kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangasa (FIFA).

Pasukan Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu Singapura pada Rabu 20 Mac 2019, jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Cara-cara penyertaan :

  1. Follow Football-Tribe Malaysia di semua medium media sosial – Twitter/Facebook/Instagram
  2. Kongsi kempen ini di media sosial anda dan tag kami #FootballTribeMY.
  3. Muat naik gambar anda bersama-sama dengan bendera Malaysia atau jersi pasukan kebangsaan atau gambar paling kreatif anda.
  4. Gambar terbaik akan memenangi 5 keping tiket menonton Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.

*Pemenang akan diumumkan pada 19 Mac 2019 nanti.