Levante UD bersedia untuk meraikan ulang tahun ke-110 kelab tersebut pada kempen La Liga yang sedang berlangsung, di mana mereka mengubahsuai Stadium Ciutat de València – stadium tertua di Valencia yang menjangkau separuh daripada sejarah kelab itu – yang bakal sekali lagi menjadi stadium keramat buat Levante UD.
Stadium tersebut dengan cermat mencerminkan watak kelab dan penyokongnya, seperti yang ditunjukkan oleh pelbagai mesej yang dipaparkan di stadium : Qué grande es ser pequeño (“Betapa besarnya menjadi kecil”), En las barras azulgranas de tu clásico jersey (“Pada jalur berwarna biru dan baju ikonik anda “) dan mozek pada kerusi berdiri di sebelah terowong pemain yang menggambarkan Granota (‘katak’ dalam bahasa loghat Valencia yang digunakan di rantau ini bersama dengan bahasa Sepanyol) .
The Granota adalah salah sebuah simbol kelab yang hadir dengan pelbagai alasan ; antaranya adalah kawasan stadium yang berdekatan dengan sungai Turia di mana tempat Granota membiak dengan banyak. Bunyi Granota boleh didengari ketika mana pemain tuan rumah – Levante UD – bermain di stadium keramat mereka.
Selain daripada Granota, kota besar Valencia juga terkenal dengan kelawar yang terpampang di sebalik lambang agung Levante UD. Ia adalah sebahagian daripada simbol kota tersebut yang juga turut tersemat di dada musuh kota lawan, Valencia FC.
Penduduk kota besar Valencia mempegang kepada lambang kelawar tersebut melalui kisah lagenda, di mana kelawar itu telah membangunkan seorang raja yang sedang tidur di tengah malam untuk memberi peringatan kepadanya tentang ketibaan tentera musuh.
Seperti semua kisah-kisah seperti itu, kita tidak akan tahu sama ada benar atau tidak, tetapi satu perkara yang dapat kita saksikan ialah apabila dua pertemuan derby diantara Levante UD dan Valencia FC, bunyi gendang akan berkisar di sekitar Ciutat de València sambil ditemani beribu-ribu kepingan kertas berwarna biru dan merah dilepaskan ke langit bagi membangunkan penduduk Valencia bahawa pertempuran dua kelab bakal berlangsung.
Walaupun wujud satu permusuhan yang panjang di antara kedua-dua kelab, Derbi del Túria menjadi medan untuk kedua-dua penyokong menikmati pasukan mereka sambil meraikan semangat persaudaraan yang wujud dalam permusuhan kedua-dua kelab.
Musim ini Ciutat de València sekali lagi menjadi salah satu stadium di mana para peminat dapat merasai keghairahan bola sepak pada kempen La Liga secara lebih dekat. Dengan para penyokong di tempat duduk berdiri hanya beberapa meter daripada gawang gol, para peminat akan merasai kehebatan permainan bola sepak secara lebih dekat setelah kerja-kerja pengubahsuaian pada musim panas yang lepas, ia dapat memberikan perspektif yang unik sepanjang 90 minit.
Itulah kebanggaan kelab kecil yang penuh dengan sejarah dan mempunyai hubungan yang kuat dengan bandar Valencia yang menjadikan Levante dan peminat mereka sangat istimewa.
The Mai ens rendirem (“Kami tidak akan menyerah diri”) motto yang diletakkan di Ciutat de València berdiri mewakili falsafah yang di pegang sebagai satu sisi yang menjadi bukti bahawa kelab kecil ini mampu mencapai perkara-perkara besar. Walaupun menjadi kelab sederhana tidak menjaminkan apa-apa, tetapi dengan adanya peminat di sisi mereka – seperti yang ditunjukkan oleh statistik bahawa hampir 50% daripada 20,000 pemegang tiket musim lalu tidak terlepas walau satu perlawanan – ia mampu untuk mencapai segalanya.
Musim yang menarik sedang menunggu Levante dan di mana lebih baik untuk merasai nikmat sesuatu pertempuran kalau tidak di Ciutat de València.