Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata dia adalah “peminat VAR” biarpun pasukannya telah melepaskan dua penalti dan Otamendi yang dibuang padang pada kempen Liga Juara-Juara menentang Schalke.
Nabil Bentaleb menjaringkan dua gol babak pertama tetapi City bangkit untuk menang 3-2.
Penalti pertama dianugerahkan kepada Schalke selepas bola terkena tangan Nicolas Otamendi, manakala penalti kedua diberikan selepas Fernandinho mengasari Salif Sane.
Pada aksi babak kedua, Otamendi diarahkan untuk keluar padang setelah menerima kad kuning kedua yang diputuskan oleh VAR.
“Ia penalti, yang kedua juga penalti,” kata Guardiola. “Di luar juga, kad merah boleh menjadi kad merah.
“Saya percaya VAR, saya ada hujah saya kadang-kadang tetapi tidak kali ini, kedua-duanya adalah penalti.”
Leroy Sane dan Raheem Sterling menjaringkan gol dalam lima minit terakhir untuk memberi kemenangan kepada City, selepas Sergio Aguero membuka jaringan awal.