Malaysia Berita

Kecik Sedia Ganti Nor Azam

Ketiadaan pemain perancang pasukan Pahang, Nor Azam Azih kerana dilayangkan kad merah pada pertembungan dengan Melaka United, Sabtu lalu pasti dirasai.

Bagi pemain tengah Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria atau lebih dikenali sebagai Kecik. Beliau merasakan ini adalah peluang untuk beliau membuktikan kemampuan beliau untuk turun sebagai pemain gantian kepada posisi yang ditinggalkan Nor Azam.

Pemain kelahiran Kelantan ini berjanji akan memberi komitmen yang tinggi bagi mendapatkan tiga mata penuh ketika bertemu Selangor nanti.

Memetik kata-kata beliau kepada Berita Harian, “Oleh itu, ketiadaan Nor Azam diharap tidak menjejaskan perancangan pasukan untuk mengutip tiga mata di laman sendiri apabila berdepan Selangor nanti.

“Sebagai pemain di posisi tengah, saya sentiasa bersedia seperti yang dilakukan pada pertemuan dengan Kuala Lumpur dan Terengganu FC (TFC) lalu apabila beraksi sebagai pemain gantian dengan memberikan komitmen tinggi.

“Walaupun tidak beraksi ketika kami seri 1-1 dengan Melaka United Sabtu lalu, saya akan mempamer prestasi terbaik untuk membantu Pahang mencatat kemenangan ke atas Red Giants Ahad ini,” katanya