Malaysia Berita

“Apa Salah Kami Pada Kamu?” Amiridzwan Taj, Pertahanan Perlis

Persatuan Bolasepak Perlis telah dibatalkan penyertaannya daripada Liga Malaysia selepas didapati tidak mempunyai kemampuan yang cukup bagi menampung beberapa isu.

Semalam, pihak MFL telah bermesyuarat bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah dan sebulat suara menyatakan persetujuan untuk membatalkan penyertaan Perlis.

Apa yang menjadi persoalan kini, apakah nasib yang menimpa kesemua kakitangan dan pemain yang bernaung di bawah PFA?

Apa yang telah berlaku sekarang nyata membebankan para pemain Perlis. Daripada skuad muda sehingga skuad senior. Nasib mereka perlu dibela dan diberi perhatian kerana mereka adalah mangsa keadaan.

Terbaru, pertahan tengah pasukan Perlis, Amiridzwan Taj nyata sungguh kecewa dengan apa yang terjadi. Beliau juga meminta penjelasan PFA kenapa mereka menjadi mangsa keadaan.

“Apa salah kami pada kamu?” Tanya beliau kepada PFA, “Kenapa aniaya kami sampai mcm ni, tak takut kah kamu pada hari pembalasan? Tak tkut kah kamu pda akhirat?

“kenapa jahat sangat? Tenteramkah hidup dalam penipuan? Katanya.

Menurut sumber Football Tribe, segala kenyataan berkenaan pemain akan dijawab MFL dalam masa terdekat.

Isu yang melanda pasukan Perlis mula hangat diperkatakan bermula 16 Januari 2019 apabila 27 orang bekas pemain dan juga staf  tampil meminta penjelasan daripada PFA berkenaan gaji mereka yang telah tertunggak sejak Mac tahun lalu.

Susulan daripada itu, PFA menabur beberapa janji untuk menyelesaikan hutang mereka. Tetapi tidak sempat api mahu padam, berita tentang tunggakan gaji pemain musim ini pula timbul sehingga mengakibatkan pemain penyerang mereka, Safee Sali meninggalkan Perlis.

MFL melihat isu yang melanda pasukan Perlis adalah satu isu yang besar dan disebabkan ia didahulukan dalam membuat keputusan berbanding enam lagi pasukan yang menghantar dokumen kewangan.