Malaysia Berita

FAM Perintah Enam Pasukan Selesaikan Tunggakan Gaji Dalam Masa 30 Hari

Enam pasukan Liga M – FELDA United, Terengganu City, Hanelang, PDRM, Perlis dan Kuantan FA – telah diperintahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan tunggakan gaji bernilai RM 1.97 juta kepada pemain dan kakitangan.

Jika kelab ini gagal berbuat demikian, FAM akan menolak dari insentif tahunan yang bernilai RM3 juta berserta deposit.

FAM juga memberi tempoh kepada semua pasukan untuk menyelesaikan tunggakan tersebut dalam masa 30 hari atau menanggung risiko hukuman yang lebih berat daripada FAM.

Memetik laporan daripada Sukan NST, Felda perlu membayar sejumlah RM1.33 juta kepada enam pemain – Shukor Adan (RM390,681.90), Wan Zack Haikal Wan Nor (RM278,223.60), Ahmad Syamim Yahya (RM259,591.20), Hadin Azman RM193,000), Farizal Harun (RM167,491.40) dan Azreen Zulkafali (RM38,930.70).

Manakala kelab yang berpangkalan di Pantai Timur, Terengganu City telah dihalang daripada menyertai kempen Liga Perdana musim ini dan telah diperintahkan untuk membayar RM239,000 kepada 10 pemain dan seorang pegawai.

Antara pemain dan pegawai yang membuat tuntutan ialah Jasmir Mehat (RM16,000), Lee Yong Cheng (RM16,000), Zahier Abu Sahit (RM12,000), Dzaiddin Zainuddin (RM20,000), Hafiszuan Salehuddin (RM20,000), Rahizi Rasib (RM24,000), Sabri Adam (RM24,000), Reeshafiq Alwi (RM21,000), Rusmanizam Roseland (RM18,000) dan Shafuan Adli Shaari (RM20,000) dan bekas pegawai Anuar Jusoh (RM48,000).

Hanelang yang telah dibubarkan perlu membayar tunggakan yang berjumlah RM224,000 kepada empat bekas kakitangan kejurulatihan dan seorang pemain.

Mereka adalah Ahmad Yusoff (RM105,000), Iftiqar Ahmad Termizi (RM27,000), Syed Azla Syed Muhamad (RM30,000), Tengku Alias ​​Tengku Ibrahim (RM48,000) dan Reeshafiq Alwi (RM14,000).

Pasukan PDRM pula diperintahkan membayar Hazrol Ahamed (RM24,000), Fazil Abd Rahim (RM24,000) dan Khalid Jamlus (RM42,000).

Perlis dan Kuantan juga diberitahu untuk membayar sejumlah RM52,000 dan RM39,000 kepada bekas pemain dan kakitangan mereka.