Malaysia Berita

Khyril Ancam Angkat Kaki Jika Keadaan Makin Teruk

Penyerang berusia 31 tahun, Khyril Muhymeen mengakui bahawa ini adalah pengalaman baru dan merisaukan beliau apabila tidak mendapat bayaran untuk apa yang beliau suka lakukan.

Bekas penyerang Kedah ini mengulas lanjut mengenai kemelut tunggakan gaji yang melanda pasukan Perlis dan merasakan ia adalah sesuatu yang baru untuk beliau.

Bercakap kepada Sukan NST, beliau menyatakan selama beliau bermain bola secara profesional, ini pertama kali beliau tidak dibayar gaji.

“Saya tidak pernah merasa tiada gaji selama dua bulan dalam hidup saya,” katanya.

“Kami memberi mereka masa (Perlis FA) untuk membayar. Jika mereka mengambil masa tiga atau empat bulan untuk membayar kami, maka itu membimbangkan.

“Kami masih bermain kerana kami telah berusaha keras selama dua bulan yang lalu. Walaupun kita berada di sini (dalam Liga Perdana), kita akan berusaha lebih. Kami adalah pemain profesional, “katanya.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan Singa Utara ini dikhabarkan gagal membayar gaji para pemain selama dua bulan.

Justeru bagi beliau, jika keadaan menjadi teruk. Beliau tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan pasukan Perlis.

“Jika mereka masih tidak dapat membayar kami selepas tiga atau empat bulan, maka tidak ada gunanya kami bermain.

“Semua orang berasa tertekan kerana mungkin ada pemain yang bergelut kerana mereka mempunyai keluarga, isteri dan anak-anak.” Kata beliau kepada Sukan NST.