Real Madrid sanggup membayar sebanyak £307 juta pound kepada Paris Saint-Germain bagi mendapatkan Neymar.
Menurut SunSport, sumber rapat dari Madrid memberitahu PSG ada meletakkan syarat dalam kontrak Neymar yang mengatakan beliau boleh berpindah ke kelab lain dengan nilai sebanyak €300 juta euro pada 1 September, sehari selepas jendela perpindahan ditutup.
Itu akan menyebabkan Neymar tidak boleh beraksi dengan kelab baharunya sehingga tahun hadapan.
Klausa itu dimasukkan bagi memastikan penyerang Brazil itu kekal di Parc des Princes sekurang-kurangnya 18 bulan selepas berpindah dari Barcelona dengan nilai termahal di dunia iaitu €224 juta euro.
Tetapi Real nampaknya tidak mahu menunggu sehingga bulan Januari tahun depan.
Namun tidak diketahui sama ada Real mampu untuk membayar gaji Neymar yang berkemungkinan mencecah sekitar €45 juta euro setahun dan pada masa yang sama, perlu membayar gaji Cristiano Ronaldo.
Ronaldo pula dipercayai dibayar sebanyak €21 juta euro setahun dan untuk membayar gaji dua pemain tersebut dilihat sebagai satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.
Malah, ada suara yang mengatakan disebabkan president Real, Florentino Pérez terlalu obses dengan Neymar menyebabkan Zinedine Zidane meletakkan jawatannya bulan lalu.
Zidane mahu terus menggunakan khidmat Ronaldo dan seolah-olah tahu pembelian Neymar akan menyebabkan statusnya di Madrid terjejas.
Perez boleh sahaja mendapatkan Neymar tapi perlu mengeluarkan belanja yang banyak sebelum musim baharu bermula.