Liga Super Malaysia Berita

Brunei DPMM perlu tunggu Akhyar Rashid

Brunei DPMM FC sebelum ini menyatakan hasrat untuk mendapatkan pemain Terengganu, Akhyar Rashid.

Jika menjadi kenyataan, Akhyar akan menjadi pemain kedua Malaysia yang menyertai Brunei DPMM selepas pemain pertahanan, Fairuz Zakaria yang ditandatangani dari Pulau Pinang.

“DPMM FC berharap dapat memuktamadkan pembelian pemain pasukan kebangsaan Malaysia Akhyar Rashid dari Terengganu FC,” kata DPMM dalam kenyataan rasmi.

Akhyar Rashid, 26, menyertai Johor Darul Ta’zim pada 2018 sebelum menyertai Terengganu pada 2024.

“DPMM FC berharap dapat memuktamadkan pembelian pemain itu untuk musim sulung dalam Liga Malaysia.”

Namun, pasukan dari Borneo itu terpaksa menunggu bagi musim ini kerana Akhyar masih mempunyai baki kontrak selama setahun dan hanya akan bebas berhijrah ke pasukan lain pada musim hadapan.