Liga AFL Berita

16 pasukan sertai Liga A1 2025-2026

Liga A1 musim 2025-2026 akan disertai 16 pasukan berbanding 15 pasukan musim lalu.

Ini menyaksikan setiap pasukan akan mengharungi 30 perlawanan dengan 15 perlawanan di gelanggang sendiri dan 15 lagi perlawanan di gelanggang lawan.

Ia juga menjadikan jumlah pasukan Liga A1 dan jumlah perlawanan lebih banyak berbanding 14 pasukan yang beraksi di Liga Super dengan hanya 26 perlawanan.

Kedah, Guar Syed Alwi FC, FC Seoul Phoenix dari Korea Selatan dan UM-Damansara United sertai saingan Liga A1 Semi Pro bagi musim 2025-2026.

3 pasukan berkenaan sebelum ini diberikan kelulusan bersyarat dan perlu melengkapkan beberapa kriteria serta dokumen mengikut tempoh yang diberikan.

UM-Damansara United juga turut disahkan penyertaan bagi melengkapkan jumlah 16 pasukan menyertai Liga A1 Semi Pro 2025-2026.

Namun Ipoh City FC mengambil keputusan untuk menarik diri menyertai saingan liga musim ini.

Sebelum ini, Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL yang diadakan pada 5 Jun 2025 lalu telah memaklumkan 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan bagi musim 2025-2026.

Pasukan-pasukan berkenaan adalah Armed Forces FC, Manjung City FC, Imigresen FC II, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kelantan WTS FC dan Kedah.

Turut sama Machan FC, Kelantan Red Warriors FC, Bunga Raya FC, Malaysian University, dan Perak.