Liga Super Malaysia Berita

Selangor tewaskan Pahang 2-0

Selangor mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas finalis Piala Malaysia, Pahang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Ia kemenangan ke-13 buat Selangor dalam Liga Super musim ini.

Selangor mendahului seawal minit ke-14 menerusi jaringan Ali Olwan.

Ronnie Fernandez menambah gol kedua pada minit ke-39.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 42 mata manakala Pahang di tangga ke-11 dengan 16 mata.

Selangor akan beraksi dalam perlawanan pertama final Challenge Cup menentang PDRM pada Sabtu, 15 Februari ini.