
JDT mencatatkan kemenangan berharga 2-1 ke atas Central Coast Mariners dalam AFC Champions League Elite di Stadium Central Coast, New South Wales, Australia.
Kemenangan itu hasil 2 jaringan gol daripada pemain baharu JDT, Alvaro Gonzalez.
Central Coast terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas kehilangan penjaga golnya, Dylan Peraic-Cullen di hujung separuh masa pertama akibat layangan kad merah.
JDT mengambil kesempatan tersebut untuk menguasai perlawanan apabila Gonzalez menjaringkan gol pada minit ke-64.
Namun, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Alou Kuol pada minit ke-70.
Kedudukan 1-1 itu tidak kekal lama apabila Gonzalez sekali lagi menjaringkan gol buat JDT pada minit ke-79.
Jaringan itu menjadi gol kemenangan buat JDT, dengan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.
JDT akan melengkapkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan ACLE apabila melayani kunjungan Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 Februari ini.