JDT mara ke suku akhir Piala Malaysia apabila menewaskan KL Rovers 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Kemenangan itu menyaksikan JDT meraih keputusan agregat 9-0.
JDT mendahului seawal minit ke-13 menerusi gol sendiri Raffi Nagoorgani, sebelum Corbin-Ong menjaringkan gol pada minit ke-33.
Jese menjadikan kedudukan 3-0 buat JDT di penghujung separuh masa pertama.
JDT menambah 3 lagi gol dalam 15 minit terakhir di separuh masa kedua menerusi Bergson pada minit ke-74 dan minit ke-82.
Sumareh melengkapkan kemenangan JDT pada minit ke-88, dengan kedudukan 6-0 kekal hingga tamat perlawanan.