Selangor kalah tipis 1-0 Jeonbuk di Jeonju, Korea Selatan dalam saingan AFC Champions League 2.
Ini merupakan kekalahan pertama Selangor selepas 3 perlawanan tanpa kalah.
Jeonbuk mendahului pada minit ke-22 hasil jaringan Tiago Orobo.
Hasrat Selangor untuk menjaringkan gol penyamaan di separuh masa kedua tidak kesampaian apabila kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.
Selangor kini meraih 7 mata daripada 4 perlawanan, dua mata di belakang Jeonbuk.