Liga Super Malaysia Berita

Selangor gagal bertahan lama, JDT jaringkan 4 gol

Selangor gagal bertahan lama apabila tewas 4-0 kepada JDT dalam Liga Super di Petaling Jaya.

Keempat-empat gol dijaringkan oleh JDT pada separuh masa kedua, sekali gus mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut.

Selangor dilihat bertahan dengan cemerlang di separuh masa pertama daripada sebarang serangan JDT.

Namun, Red Giant akhirnya bolos pada minit ke-55 menerusi jaringan Juan Muniz sebelum Diogo menambah gol kedua dalam 10 minit kemudian.

JDT meraih 15 mata selepas 5 perlawanan manakala Selangor meraih 10 mata daripada 5 perlawanan.

Fernando Forestieri melengkapkan kemenangan JDT apabila menjaringkan 2 gol dalam rempoh 5 minit iaitu minit ke-77 dan minit ke-82.

JDT akan bertemu Sabah pada 31 Mac manakala Selangor akan bertemu KL City pada 31 Mac.