
Perak dibelasah JDT 5-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.
4 gol dijaringkan di separuh masa pertama, dengan 2 gol disumbangkan oleh Romel Morales dan hatrik oleh Bergson.
JDT mendahului menerusi Romel pada minit ke-21 sebelum Bergson menambah gol kedua pada minit ke-23.
Romel menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-35 dengan Bergson menjadikan kedudukan 4-0 hasil sepakan penalti sebelum tamat separuh masa pertama.
Bergson melengkapkan kemenangan dengan hatrik di hujung separuh masa kedua, dengan kedudukan 5-0 kekal hingga tamat perlawanan.
JDT selesa di takhta liga dengan 40 mata daripada 14 perlawanan, meninggalkan Selangor yang meraih 29 mata setakat ini. Perak berada di tangga ke-7 dengan 17 mata.
JDT akan beraksi menentang Shandong Taishan dalam AFC Champions League Elite pada 26 November ini.