JDT meraih kemenangan kedua dalam saingan AFC Champions League Elite apabila menewaskan Ulsan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Ia merupakan kekalahan ke-4 berturut-turut buat Ulsan dalam kejohanan tertinggi bolasepak Asia.
Paling manis apabila JDT yang dibarisi sebahagian besar pemain kebangsaan menewaskan pasukan yang kini dikendalikan oleh Kim Pan-gon, bekas ketua jurulatih negara.
JDT mendahului seawal minit ke-8 menerusi Arif Aiman.
Oscar Arribas menambah gol kedua pada minit ke-67 sebelum Bergson melengkapkan kemenangan dengan jaringan dua minit sebelum tamat perlawanan.
JDT kini meraih 7 mata daripada 4 perlawanan, menduduki tempat ketiga daripada 12 pasukan manakala Ulsan kekal tercorot tanpa sebarang mata.