
Selangor kehilangan peluang meraih 3 mata penuh apabila terikat 1-1 dengan PDRM.
Gol saat akhir PDRM menjadi punca perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
Selangor mendahului seawal minit ke-16 menerusi Alvin Fortes, dengan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Malah, Red Giants hampir pasti meraih 3 mata apabila kedudukan 1-0 kekal hingga ke hujung perlawanan.
Namun, Selangor dikejutkan dengan gol oleh pemain tengah PDRM, Aremu Timothy di minit-minit akhir.
Selangor kekal di tangga kedua Liga Super dengan 26 mata daripada 12 perlawanan. PDRM di tangga ke-5 dengan 16 mata.
Selepas ini, Selangor akan beraksi menentang Jeonbuk di laman sendiri dalam saingan AFC Champions League 2, pada 23 Oktober ini.