Berita AFC Champions League

Shanghai Port sekat kemenangan JDT

JDT terikat seri 2-2 dengan Shanghai Port dalam perlawanan pembukaan AFC Champions League Elite 2024/2025.
Arif Aiman menjaringkan 2 gol dalam perlawanan kali ini namun tidak cukup untuk memberikan kemenangan kepada JDT.
Arif menjaringkan gol pendahuluan sebelum tamat separuh masa pertama, untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Namun, Gustavo menyamakan kedudukan untuk Shanghai tiga minit selepas separuh masa kedua bermula.
Arif sekali meletakkan JDT di depan dengan jaringan pada minit ke-56, dengan kedudukan 2-1.
Bagaimanapun, Shanghai sekali menyamakan kedudukan menerusi Willian Popp pada minit ke-73.
Kedudukan 2-2 kekal hingga tamat perlawanan.