JDT cemerlang menewaskan Pulau Pinang 5-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.
Ia merupakan kemenangan ke-8 buat JDT musim ini.
JDT mendahului seawal minit ke-3 menerusi Óscar Arribas.
Jorge Obregon menambah gol kedua pada minit ke-41 sebelum menambah gol ketiga pada minit ke-49.
Bergson menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65, sebelum Arif Aiman melengkapkan dengan sepakan penalti di hujung perlawanan.
JDT kini meraih 25 mata daripada 9 perlawanan, meninggalkan Selangor di tempat kedua dengan 19 mata.