Liga Super Malaysia Berita

JDT belasah KDN 6-1

JDT mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas KDN dalam saingan Liga Super 2024-2025.
Ia menyaksikan JDT mencatatkan 10 perlawanan berturut-turut tanpa kalah musim ini.
Bergson muncul pemain terbaik perlawanan apabila menjaringkan hatrik selain Arif Aiman menjaringkan 2 gol.
JDT mengambil masa lebih 40 minit tanpa menjaringkan gol sebelum akhirnya mendahului 2-0 hasil jaringan 2 gol Bergson dalam tempoh hanya 2 minit di hujung separuh masa pertama.
Arif menjadikan kedudukan 4-0 apabila menjaringkan gol pada minit ke-55 dan 58.
KDN berjaya merapatkan jurang hasil jaringan Latyh Kharoub pada minit ke-65.
Namun, Bergson melebarkan semula kedudukan dengan hatrik pada minit ke-71, sebelum JDT melengkapkan kemenangan dengan gol sendiri Umeir Aznan pada minit ke-75.
JDT kekal pendahulu liga dengan 28 mata berbanding Selangor dengan 22 mata selepas 10 perlawanan.
KDN kekal tercorot dengan hanya mengutip 3 mata selepas 10 perlawanan.