Liga Super Malaysia Berita

Kuala Lumpur City FC dihukum beri maklumat palsu

Kuala Lumpur City FC dikenakan beberapa hukuman susulan hasil semakan First Instance Body mendapati dokumen yang diserahkan iaitu caruman LHDN, KWSP dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat dan tidak benar.
Ini berdasarkan pengesahan daripada agensi-agensi tersebut apabila mereka tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City FC kepada FIB sebelum ini.
“Agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB di mana agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City FC kepada FIB sebelum ini,” kata FIB dalam kenyataan.

“Maklumat ini jelas bercanggah dengan dokumentasi yang telah diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC.

“Oleh‬ itu,‬ pihak‬ FIB‬ berharap‬ kesemua‬ kelab‬ Liga‬ Super‬ dapat mengambil‬ iktibar‬ daripada‬ isu‬ ini‬ supaya tidak mengambil mudah berkaitan maklumat deklarasi yang diserahkan kepada FIB kerana badan bebas itu boleh‬ melakukan‬ semakan semula dan‬ menarik‬ Lesen‬ Kebangsaan‬ atau‬ Lesen‬ AFC‬ sekiranya‬ didapati‬ bersalah‬ dengan‬ merujuk‬ kepada‬ Peraturan Pelesenan Kelab MFL.‬”
Senarai hukuman terhadap KL City
-Denda pemotongan 6‬ mata
-Denda RM‬ 50,000‬
-Larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025
-Tunggakan‬ setakat‬ 31 Disember 2023‬ perlu diselesaikan sebelum‬ 30 September 2024‬.
-Tidak dibenarkan untuk‬ memohon‬ lesen‬ AFC‬ selama‬ dua‬ kitaran Pelesenan kelab‬ MFL‬ (‬kitaran‬ 2024-2025‬ dan‬ 2025-2026‬)‬ ‬
-Denda lesan AFC RM‬ 50,000‬
-Lesen‬ AFC‬ yang diluluskan oleh FIB bagi‬ musim‬ AFC 2024‬-2025‬ dibatalkan