Liga Super Malaysia Berita

Terengganu bangkit dari ketinggalan tewaskan Negeri Sembilan

Terengganu bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Negeri Sembilan 3-2 di laman sendiri.
Negeri Sembilan menerusi Mika Junco pada minit ke-16 sebelum Safawi Rasid menyamakan kedudukan pada minit terakhir separuh masa pertama.
Terengganu berada di depan sebaik sahaja bermula separuh masa kedua hasil jaringan Chukwu Chijioke pada minit ke-49.
Namun, Negeri Sembilan menyamakan kedudukan menerusi Jacque Faye pada minit ke-53.
Kedudukan 2-2 itu bagaimanapun hanya bertahan selama 6 minit apabila Akhyar Rashid menjaringkan gol ketiga buat Terengganu.
Gol itu ternyata menjadi gol kemenangan Terengganu dengan kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.
Terengganu kini di tangga ketiga Liga Super dengan 11 mata daripada 6 perlawanan, hanya 1 mata di belakang Selangor dan 7 mata di belakang JDT.
Negeri Sembilan kekal tercorot dalam liga mencatatkan kekalahan ke-5 musim ini, dengan meraih hanya 3 mata daripada 6 perlawanan.