Liga Super Malaysia Berita

PDRM pasukan pertama sekat kemenangan JDT

PDRM muncul pasukan pertama dalam Liga Super yang menafikan kemenangan JDT apabila terikat seri 1-1.
PDRM mendahului menerusi Shahrel Fikri pada minit ke-21.
JDT menyamakan kedudukan menerusi Óscar Arribas pada minit ke-32.
JDT sering mencipta peluang bagi menjaringkan gol kemenangan sepanjang separuh masa kedua namun tidak kesampaian.
Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan dengan JDT meraih 19 mata manakala PDRM kekal di tangga ke-11 dengan 5 mata.