Liga Super Malaysia Berita

Dilayangkan 2 kad merah, Kedah tewas mengejut kepada PDRM

Kedah dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada PDRM di Alor Setar dalam perlawanan Liga Super yang penuh emosi.

Ini meskipun Kedah menguasai permainan sepanjang separuh masa pertama dan kedua, dengan PDRM lebih banyak bertahan.

Kedah pula lebih melakukan serangan dan mencipta peluang namun tidak disudahkan dengan baik.

Bagaimanapun, nasib Kedah berubah apabila Manuel Ott dan jurulatih Nafuzi Zain dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.

Kehilangan pemain dan jurulatih memberi kesan kepada Kedah sehingga akhirnya dibolosi pada minit ke-75 menerusi jaringan Bruno Suzuki.

Kedah cuba menyamakan kedudukan dalam tempoh 15 minit terakhir namun keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan PDRM naik ke tangga ke-6 dengan 4 mata.

Kedah akan berkunjung ke Kelantan United pada 13 Mac manakala PDRM akan melawat Terengganu pada 11 Mac.