Jaringan gol saat akhir membantu JDT meraih kemenangan 2-1 ke atas Kedah dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Alor Setar.
JDT mendahului pada minit ke-23 hasil jaringan Oscar Arribas.
Namun, JDT dikejutkan dengan gol penyamaan Kedah oleh Habib Haroon tiga minit sebelum tamat perlawanan.
Romel Morales muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan di saat-saat akhir.
JDT akan bertemu Kedah untuk perlawanan separuh akhir kedua pada 4 Ogos ini.