Liga Super Malaysia Berita

Selangor tewaskan Kedah, PDRM kejutkan Perak

Selangor meraih kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan Kedah 1-0 menerusi Aliff Haiqal.
Ia kemenangan bermakna buat Selangor selepas kehilangan 3 mata kerana menarik diri dari Piala Sumbangsih berikutan serangan terhadap Faisal Halim.
Namun, Perak dikejutkan dengan kekalahan 3-2 kepada PDRM hasil gol saat-saat akhir.
Perak mendahului 1-0 menerusi Tommy Mawat pada minit ke-9 sebelum Ifedayo menyamakan kedudukan pada minit ke-24.
Namun, PDRM mendahului pada minit ke-72 hasil jaringan Bruno Suzuki menjadikan kedudukan 2-1 sebelum Wan Zack Haikal menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-87.
Ifedayo muncul wira buat PDRM apabila menjaringkan gol saat-saat akhir di masa tambahan, memberikan kemenangan pertama buat pasukannya.
Perak kini tercorot dalam Liga Super tanpa sebarang mata selepas mengharungi 2 perlawanan.