Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa segera bertindak terhadap kes serangan ke atas Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Ini selepas Faisal diserang dengan asid manakala Akhyar berdepan serangan disamun, beberapa hari sebelum Liga Malaysia 2024-2025 bermula.
“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.
“Saya berharap agar PDRM segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.”